PENGENALAN

Salam sejahtera, kepada semua pengunjung blog saya yang tidak seberapa ini. Tujuan utama saya membangunkan laman blog ini adalah sekadar ingin mengisi hobi masa lapang di dalam bidang elektronik, projek dan rekacipta. Di samping itu saya juga ada menyediakan sedikit bahan-bahan dan produk sampingan untuk dijual kepada sesiapa yang berminat, sekurang-kurangnya dengan cara ini dapatlah saya membiayai sedikit keperluan untuk kelangsungan laman blog ini. Sokongan daripada kawan-kawan diluar sana sangat-sangat saya hargai.Blog ini adalah backup kepada laman blog utama saya projekelektronik4u bagi menghadapi sebarang kemungkinan. sila klik disini projekelektronik4u.blogspot.com.

Sunday 15 July 2012

ESR METER

Kerja-kerja membaik pulih peralatan elektronik kadang-kala sangat membingungkan. Capacitor yang di sangkakan masih baik sebenarnya telah rosak. Suatu capacitance meter dapat mengukur nilai sebenar suatu capacitor dengan baik di dalam unit micro farad, tetapi tidak mampu membaca dan mengesan kerosakkan ESR (equivalent series resistance) menyebabkan fungsi litar tidak dapat bekerja dengan sempurna. Sebab itu kita memerlukan suatu ESR meter supaya dapat membantu kerja-kerja membaik pulih semua peralatan elektronik dengan lebih berkesan dan mengenal pasti kerosakkan berkaitan suatu capacitor. Memiliki suatu ESR meter adalah suatu yang menguntungkan, gedget kecil ini sangat-sangat membantu dan Kerja-kerja membaik pulih peralatan elektronik kadang-kala sangat membingungkan. Capacitor yang di sangkakan masih baik sebenarnya telah rosak. Suatu capacitance meter dapat mengukur nilai sebenar suatu capacitor dengan baik di dalam unit micro farad, tetapi tidak mampu membaca dan mengesan kerosakkan ESR (equivalent series resistance) menyebabkan fungsi litar tidak dapat bekerja dengan sempurna. Sebab itu kita memerlukan suatu ESR meter supaya dapat membantu kerja-kerja membaik pulih semua peralatan elektronik dengan lebih berkesan dan mengenal pasti kerosakkan berkaitan suatu capacitor. Memiliki suatu ESR meter adalah suatu yang menguntungkan, gedget kecil ini sangat-sangat membantu dan mengurangkan sakit kepala apabila melakukan kerja-kerja merepair. banyak kes-kes kerosakkan contoh switching mode power supply, TV, power amplifier, monitor computer dan lain-lain peralatan yang selalunya melibatkan capacitor. Terdapat berbagai jenama ESR meter di luar sana seperti Blue ESR meter tetapi sangat mahal USD119.00 , berapakah harganya dengan nilai mata wang kita. Terlalu mahal?, tak mengapa saya pun ada juga menghasilkan suatu ESR meter yang saya akan jual dengan harga jauh lebih murah dengan fungsi yang sama untuk menyukat nilai ESR sesuatu capacitor. ESR meter yang saya hasilkan ini asalnya daripada litar skematik yang disyor oleh seseorang yang sangat berminat dalam kerja-kerja membaiki peralatan elektronik seperti rajah di bawah. sambung.....
Read more...

Thursday 31 May 2012

Wireless handphone keypad access password security system dan pic16f877 microcontroller



Kebiasaan di dalam semua projek seperti access password security system kita akan menggunakan jenis keypad button yang biasa. Tetapi dengan ciptaan terbaru saya ini anda boleh access semua projek seperti password system dengan hanya menggunakan keypad daripada mana-mana handphone tak kiralah jenis biasa atau touch screen secara wireless (tanpa wayar) dengan menggunakan ciptaan sensor detection device ini (kotak litar yang berwarna kuning tu) yang boleh di sambung terus kepada microcontroller. Jadi kita boleh membuat sistem ini tanpa memerlukan keypad button lagi dan menggantikannya dengan peranti tersebut yang berfungsi secara cordless dan boleh juga disorokkan untuk kegunaan tertentu.


Di dalam video kelihatan saya accsess password tanpa menekan keypad button jenis biasa (yang warna hitam tu) tetapi sebagai ganti telah menggunakan handphone keypad yang boleh dibawa kemana-mana sahaja. Buat pengetahuan anda ini bukanlah projek berasaskan GSM (SMS) dan sensor kuning itu ditugaskan untuk bertindak menerima signal kira-kira jarak sejengkal daripada handphone keypad sahaja. Module sensor handphone keypad ini boleh digunakan untuk apa juga projek berasaskan keypad switch. Kebaikkan menggunakan sensor module ini kerana 1. Ia menggunakan keypad dari handphone yang semestinya kita boleh bawanya kemana-mana berbanding RFID card yang selalu membuat kita terlupa bawa atau perlu digantung dileher setiap masa. 2. Tidak perlu cas SMS kredit dan jimat duit, 3. Sensor ini boleh disembunyikan di dalam contoh dinding, bawah meja, dalam steering kereta atau dimana-mana tempat kita suka yang tidak diketahui orang (hidden sensor) 4. Semua jenis handphone boleh digunakan, 5. Penyambungan yang mudah dan lain-lain kebaikkan lagi. Litar dan module sensor di atas hanya prototype saya sahaja dan jika anda berminat untuk membeli module sensor yang sebenar saya akan jual dengan harga sebiji RM 70.00 sahaja siap dengan configuration circuit diberikan. Jika berminat jangan malu sila hubungi saya Roslan 019 3430533 .
Read more...

USB PIC MICROCONTROLLER PROGRAMMER

Dapatkan set lengkap USB pic microcontroller programmer (PicKit2 Clone Ver. 3 in 1) bersama:

1. USB cable PERCUMA!
2. CD driver disediakan.
3. Bonus eBook belajar PIC Microcontroller, dalam bahasa C dan assembly language.
4. Support kebanyakkan Pic microcontroller, pic16f877, pic16f887, pic16f628, dan sebagainya.
5. Jaminan 6 bulan dari tarikh pembelian, mengikut terma dan syarat.
5. Dan lain-lain menarik.

Semua package diatas akan menyediakan siri pembelajaran pic microcontroller anda menjadi semakin cepat dan mudah.

                                         100% buatan tangan dan sangat mudah digunakan.    
                       
                                         Kecil dan padat, mudah dibawa kemana-mana.

                                                                            USB

Pesan dan tempah sekarang!

Sila hubungi saya: 019 3430533, Call/sms :Roslan.
Atau Email: pronictech@gmail.com

Harga: RM 160.00 sahaja seunit.





Read more...

Monday 19 March 2012

LC METER PIC MICROCONTROLLER (PO-3A)

Inductor dan capacitor meter adalah peralatan ujian yang sangat penting bagi menyukat nilai inductor (gegelung) dalam unit henry dan juga nilai capacitor di dalam unit Farad, alat ini sangat berguna digunakan samada semasa merekabentuk atau membaiki litar-litar elektronik. Bagi penggemar Radio (RF) dan penghobi Audio alat ujian ini adalah benda yang paling penting dalam hidup mereka supaya senang untuk membuat (merekabentuk sendiri) atau memeriksa komponen inductor atau capacitor dengan mudah. Bagi penghobi seperti Ham Radio alat ini banyak membantu di dalam kerja-kerja merekabentuk litar-litar fillter , macthing impedance dan sebagainya. Bagi peminat Audio pula menjadi keperluan apabila hendak merekabentuk litar crossover, fillter, litar graphic equalizer, output stage amplifier dan lain-lain bahagian. Seorang pembaiki peralatan elektronik seperti radio,metal detector, transformer, TV, computer, power supply dan lain-lain peralatan menjadikan kerjanya lebih mudah dan sangat berkesan. Bagi saya benda ini telah menjadi sebahagian dari tool yang sangat penting semasa kerja merekabentuk dan menguji litar RF amplifier, oscillator bagi transmitter atau radio receiver. Tetapi sebenarnya alat ujian ini bukannya murah dan ada sehingga RM 1000 malah sangat kurang ada dipasaran terutama inductor meter khas untuk RF sehingga julat penyukatan kurang daripada 100 nano Henry.  Bagaimana pun terimakasih kepada Pic Microcontroller dimana kita boleh buat sendiri projek ini dengan kos yang sangat murah.
Gambar di atas melihatkan prototype LC meter berasaskan PIC16F84A kegunaan saya sekian lama (tak jual) menggunakan LCD display. Mempunyai ketepatan yang sangat baik sehingga 1 hingga 5% bergantung kepada cara pembuatan kerana sangat sensitif kepada frekuensi tinggi. Kalau anda malas nak buat dan nak tempah dengan saya, harganya adalah RM 100.00 sahaja seunit menggunakan litar PCB sebenar yang lebih kemas atau menggunakan casing box. Measuring range is from 0 to >0.1uF for capacitance and 0 to >10mH for inductance. !
Read more...

PROJEK PicKit2 Clone 3 in 1 PROGRAMMER (PO-2A)

Beberapa tahun yang lalu semua projek-projek litar elektronik saya yang berasaskan  PIC microcontroller saya gunakan programmer jenis JDM (buat sendiri aje), setelah company Microchip mengeluarkan PicKit2 saya terus simpan JDM programmer tu sebab kelebihan dan keistimewaan yang terdapat dalam PicKit2, tak salah saya kini dah ada PicKit3 tetapi rasanya PicKit2 ni pun sudah memadai kot. Kalau dulu JDM tidak boleh burn microcontroller seperti Pic16F887 tetapi dengan PicKit2 ianya tidak lagi menjadi masalah, malah ia menggunakan cable plug USB akan disambung terus kepada leptop berbanding JDM menerusi serial port (RS 232) yang hanya sesuai untuk computer table (desktop). Tetapi programmer PicKit2 yang saya gunakan adalah jenis Clone dan telah saya modified untuk disesuaikan kepada size IC Dip 18, 28 dan 40 pin yang boleh di program secara direct dalam satu board yang sama dan saya namakan ia PicKit2 Clone 3 in 1. ini supaya mudah bagi saya untuk program pilihan bagi ketiga-tiga jenis size IC uController tersebut seperti PIC16F84A/628A atau lain-lain yang lebih kecil. Biasanya saya akan menggunakan Assembly language untuk program IC yang bersaiz kecil untuk jimat wang, ruang dan memori. Sebaliknya akan menggunakan C language (MPLAB IDE/HI-TECH PRO compiler) kepada microcontroller yang bersize yang lebih besar seperti PIC16F877A dan PIC16F887 pada projek-projek elektronik yang lebih besar mengikut kesesuaian.
Bagaimana pun Prototype-nya seperti gambar di atas hanya untuk kegunaan saya sendiri. Kalau anda berminat untuk menempahnya (PCB Version yang lebih kecil saiznya) boleh hubungi atau Email saya, contoh layout litar PCB nya adalah seperti gambar di bawah.

Ukuran 100 x 70 mm.
 



Read more...

Wednesday 1 February 2012

PROJEK PETI SURAT ELEKTRONIK 3 IN 1 (PO-1A)

Buat pengetahuan anda projek peti surat berelektronik ni telah saya buat pada tahun lepas (2011) bukan sahaja boleh digunakan dirumah malah amat sesuai juga dijadikan sebagai projek tahun akhir dipusat pengajian. Kelebihan peti surat saya ni mempunyai "3 ciri dalam 1" yang akan melayan kedatangan tetamu dengan switch bell (ding-dong), berbunyi sebaik surat atau sebarang dokumen dimasukkan di dalam peti surat dan mempunyai interkom untuk perhubungan dua hala diantara penghuni di dalam rumah dan orang di sebelah luar (dekat peti surat) dimana terdapat sebiji speaker di dalam peti surat yang bertindak sebagai microphone  dan speaker dalam satu masa. Kegunaan interkom supaya saya boleh melayan atau bertanya maksud kedatangan tetamu yang tidak diundang seperti juru-jual, orang yang tidak dikenali dan sebagainya. 
Bagaimana pun fungsi peti surat tersebut masih boleh diubah suai untuk tambahan lain-lain fungsi seperti litar pembeza surat atau tetamu, counter bilangan surat berdisplay LCD, kawalan jauh dan sebagainya. Cabaran utama projek ini syaratnya mesti menggunakan hanya dua helai wayar sebagai penghubung unit diluar dan unit di dalam rumah. Gambar di bawah menunjukkan sample projek (agak comot sedikit) tetapi tetap berfungsi dengan baik seperti yang di inginkan (prototype aje). Untuk mengesan kedatangan surat saya menggunakan contact pin dengan plate logam yang akan tersentuh apabila rocker card board dilanggar lalu loceng di dalam rumah akan berbunyi sebanyak 3 kali sebagai tanda surat telah masuk. Boleh juga menggunakan read magnetic switch tetapi saya membuat switch sensor tersebut secara DIY (jimat duit).Tetamu boleh memanggil tuan rumah dengan menekan push button switch. (untuk jimat belanja saya beli sistem loceng rumah (ding-dong) dari kedai $2.00 siap dengan push button switch nya sekali). Katakan surat terselit dan hanya tergantung pada card board rocker maka loceng akan berbunyi 3 kali dan LED 2 akan berkelip-kelip tanpa henti menandakan surat terselit disitu sehinggalah kita mengambilnya. Bagi interkom terdapat satu toggle switch untuk pilihan percakapan dua hala (half-duplex) dimana LED 1 akan menyala sebagai penunjuk fungsi (function indicator). Hanya perlu membuat sedikit modifikasi di antara unit loceng dan litar kawalan seperti rajah 1-1 untuk melengkapkan sepenuhnya projek tersebut. Bagi bahagian casingnya saya gunakan kotak-kotak terpakai untuk jimat belanja.
                Rajah 1-1 

HARGA SCHEMATIC DIAGRAM: RM 50.00 
Call/sms: 019 3430533, Roslan



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...