PENGENALAN

Salam sejahtera, kepada semua pengunjung blog saya yang tidak seberapa ini. Tujuan utama saya membangunkan laman blog ini adalah sekadar ingin mengisi hobi masa lapang di dalam bidang elektronik, projek dan rekacipta. Di samping itu saya juga ada menyediakan sedikit bahan-bahan dan produk sampingan untuk dijual kepada sesiapa yang berminat, sekurang-kurangnya dengan cara ini dapatlah saya membiayai sedikit keperluan untuk kelangsungan laman blog ini. Sokongan daripada kawan-kawan diluar sana sangat-sangat saya hargai.Blog ini adalah backup kepada laman blog utama saya projekelektronik4u bagi menghadapi sebarang kemungkinan. sila klik disini projekelektronik4u.blogspot.com.

Wednesday 1 February 2012

PROJEK PETI SURAT ELEKTRONIK 3 IN 1 (PO-1A)

Buat pengetahuan anda projek peti surat berelektronik ni telah saya buat pada tahun lepas (2011) bukan sahaja boleh digunakan dirumah malah amat sesuai juga dijadikan sebagai projek tahun akhir dipusat pengajian. Kelebihan peti surat saya ni mempunyai "3 ciri dalam 1" yang akan melayan kedatangan tetamu dengan switch bell (ding-dong), berbunyi sebaik surat atau sebarang dokumen dimasukkan di dalam peti surat dan mempunyai interkom untuk perhubungan dua hala diantara penghuni di dalam rumah dan orang di sebelah luar (dekat peti surat) dimana terdapat sebiji speaker di dalam peti surat yang bertindak sebagai microphone  dan speaker dalam satu masa. Kegunaan interkom supaya saya boleh melayan atau bertanya maksud kedatangan tetamu yang tidak diundang seperti juru-jual, orang yang tidak dikenali dan sebagainya. 
Bagaimana pun fungsi peti surat tersebut masih boleh diubah suai untuk tambahan lain-lain fungsi seperti litar pembeza surat atau tetamu, counter bilangan surat berdisplay LCD, kawalan jauh dan sebagainya. Cabaran utama projek ini syaratnya mesti menggunakan hanya dua helai wayar sebagai penghubung unit diluar dan unit di dalam rumah. Gambar di bawah menunjukkan sample projek (agak comot sedikit) tetapi tetap berfungsi dengan baik seperti yang di inginkan (prototype aje). Untuk mengesan kedatangan surat saya menggunakan contact pin dengan plate logam yang akan tersentuh apabila rocker card board dilanggar lalu loceng di dalam rumah akan berbunyi sebanyak 3 kali sebagai tanda surat telah masuk. Boleh juga menggunakan read magnetic switch tetapi saya membuat switch sensor tersebut secara DIY (jimat duit).Tetamu boleh memanggil tuan rumah dengan menekan push button switch. (untuk jimat belanja saya beli sistem loceng rumah (ding-dong) dari kedai $2.00 siap dengan push button switch nya sekali). Katakan surat terselit dan hanya tergantung pada card board rocker maka loceng akan berbunyi 3 kali dan LED 2 akan berkelip-kelip tanpa henti menandakan surat terselit disitu sehinggalah kita mengambilnya. Bagi interkom terdapat satu toggle switch untuk pilihan percakapan dua hala (half-duplex) dimana LED 1 akan menyala sebagai penunjuk fungsi (function indicator). Hanya perlu membuat sedikit modifikasi di antara unit loceng dan litar kawalan seperti rajah 1-1 untuk melengkapkan sepenuhnya projek tersebut. Bagi bahagian casingnya saya gunakan kotak-kotak terpakai untuk jimat belanja.
                Rajah 1-1 

HARGA SCHEMATIC DIAGRAM: RM 50.00 
Call/sms: 019 3430533, Roslan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...