Beberapa tahun yang lalu semua projek-projek litar elektronik saya yang berasaskan PIC microcontroller saya gunakan programmer jenis JDM (buat sendiri aje), setelah company Microchip mengeluarkan PicKit2 saya terus simpan JDM programmer tu sebab kelebihan dan keistimewaan yang terdapat dalam PicKit2, tak salah saya kini dah ada PicKit3 tetapi rasanya PicKit2 ni pun sudah memadai kot. Kalau dulu JDM tidak boleh burn microcontroller seperti Pic16F887 tetapi dengan PicKit2 ianya tidak lagi menjadi masalah, malah ia menggunakan cable plug USB akan disambung terus kepada leptop berbanding JDM menerusi serial port (RS 232) yang hanya sesuai untuk computer table (desktop). Tetapi programmer PicKit2 yang saya gunakan adalah jenis Clone dan telah saya modified untuk disesuaikan kepada size IC Dip 18, 28 dan 40 pin yang boleh di program secara direct dalam satu board yang sama dan saya namakan ia PicKit2 Clone 3 in 1. ini supaya mudah bagi saya untuk program pilihan bagi ketiga-tiga jenis size IC uController tersebut seperti PIC16F84A/628A atau lain-lain yang lebih kecil. Biasanya saya akan menggunakan Assembly language untuk program IC yang bersaiz kecil untuk jimat wang, ruang dan memori. Sebaliknya akan menggunakan C language (MPLAB IDE/HI-TECH PRO compiler) kepada microcontroller yang bersize yang lebih besar seperti PIC16F877A dan PIC16F887 pada projek-projek elektronik yang lebih besar mengikut kesesuaian.
AKAN DATANG PicKit Clone VER.4 in 1. SIAP DENGAN ISCP SOCKET OUTPUT UNTUK PELBAGAI KEGUNAAN DAN TAMBAHAN IC DIP 8 YANG LEBIH KECIL UNTUK PROGRAM CONTOH PIC12F629-1/P MICROCONTROLLER DLL.
? there is the schematic and its component list??
ReplyDelete